PEKAN 7 Julai - Bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6, YB Dato' Sri Najib Tun Abd Razak hari ini menyampaikan bantuan kepada pelajar cemerlang di kawasan Parlimen Pekan. Majlis ini dikelolakan oleh Yayasan Pahang dan juga Yayasan Rahah meraikan 325 pelajar cemerlang sekitar Parlimen Pekan. Yayasan Pahang memperuntukkan secara keseluruhan RM63,750.00 untuk disumbangkan kepada semua pelajar cemerlang dan sumbangan ini juga dapat membantu meringankan perbelanj aan untuk melanjutkan pelajaran di institusi yang lebih tinggi. Sebelum DSN beredar meninggalkan majlis, seorang mak cik terus meluru ke arah DSN sambil memeluk dan sedih kerana DSN masih lagi prihatin kepada kebajikan rakyat. Majlis ini juga merupakan Majlis Anugerah yang sering diadakan bagi meraikan pelajar cemerlang di Parlimen Pekan.