Pahang mengisytiharkan 31 Januari 2019 sebagai cuti peristiwa bersempena Istiadat Melafaz Dan Menanda Tangani Surat Sumpah Jawatan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy melalui akaun rasmi milik beliau. KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG Bersempena dengan Istiadat Melafaz Dan Menanda Tangani Surat Sumpah Jawatan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara, Kuala Lumpur Esok, Khamis, 31 Januari 2019 Bersamaan 25 Jamadilawal 1440 Hijrah, Setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Su ltan Pahang, maka dengan...